Salam dan salam perkenalan semua,
Sebelum tu, saya perkenalkan sedikit background diri saya dan kenapa pelaburan ASB adalah topik pertama yang saya nak kongsikan. Sebenarnya dah lama saya teringin menulis pasal ni, tapi disebabkan kekangan masa, hari ni baru saya dapat menulis.
Saya merupakan kakitangan awam biasa berumur 25 tahun, bertugas lebih kurang 5 tahun di sebuah daerah di Sabah. Dah berkali-kali mohon pindah balik ke kampung halaman di Kelantan, tapi setakat hari ini, rezeki saya masih di sini. Alhammdulillah, mungkin ada hikmah saya masih bertapak disini. Insyaallah rezeki saya untuk berpindah akan tiba juga nanti. Percaya pada Allah akan setiap apa yang kita hadapi, Insyaallah semuanya akan baik-baik belaka.
Ok, niat saya nak berkongsi mengenai pelaburan ASB ni sebab nak bantu sesama muslim dan kawan-kawan perjuangan yang lain. Setiap hari, bebanan hidup kita makin lama makin terasa. Saya sendiri akui sebab, walaupun saya masih bujang dan single mingle, tapi perbelanjaan harian makin meningkat. Tapi tak payah lah saya bagitahu kenapa kan. Korang faham-faham je la kan.
Saya memulakan pelaburan ASB ni lebih kurang 3 tahun lepas. Mula-mula melabur dalam ASB, saya pergi buat pinjaman untuk pelaburan ASB ni sebanyak RM 100k, then naik ke RM200k, dan untuk hari ini, saya ada pelaburan berjumlah sehingga RM370k(RM200k akaun ASB 1 + RM 170k akaun ASB 2)
Mungkin korang rasa agak mustahil kan, dengan jawatan sebagai kakitangan awam biasa(gaji pun xde lah banyak macam korang), saya mampu untuk buat pelaburan sebanyak RM370k tu. Tapi sebelum tu, cuba korang bayangkan berapa dividen saya akan dapat setiap awal tahun. Kalau dividen 7%, dah RM25.9k dah(terus g tekan kalkulator td, hehe)
Masa mula-mula nak bayar bulanan ASB dulu, agak terketar juga tau, tapi bila kita dah biasakan diri, Insyaallah semua akan okay. Saya tahu sebab bila kita dah mula bekerja, kita dah pegang duit sendiri, kita rasa kita boleh buat apa sahaja. Tapi kalau korang jenis spesis yang mcm tu, susah la korang nak ada simpanan. Dah nak kawin nanti melulu ke bank buat pinjaman peibadi. Dah setel majlis kawin, pinjam lagi nak beli barang rumah. Hidup korang terus menerus akan dibelengu dengan hutang.
bersambung.........
disertakan jadual pinjaman loan ASB untuk tatapan korang ler dan gambar rumah yang saya beli kat kampung kampung dua tahun lepas. kalau korang nak tanya apa-apa, tanya je ek..
fb: Nik Mohd Azreen

